Tragedi Batang Kali | Wang bantuan RM10,000 untuk mangsa yang meninggal dunia

2022-12-16 0

Kerajaan mengumumkan RM10,000 untuk setiap mangsa yang meninggal dunia susulan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, pada awal pagi Jumaat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melawat tapak tragedi pada Jumaat malam turut mengumumkan bantuan wang ihsan RM1,000 untuk ketua isi rumah bagi mangsa yang tidak melibatkan kematian.